Monday, December 23, 2013

Qasidah Solatullahi Malahat Kawakib

Qasidah Solatullahi Malahat Kawakib
beserta lirik, terjemahan

Karangan
Sheikh Abdur Rahman ad-Daiba'ie:

صَلَاةُ اللهِ مَا لَاحَتْ كَوَاكِبْ
Selawat Allah selagi mana bintang bersinar

عَلَى احْمَدْ خَيْرِ مَنْ رَكِبَ النَّجَائِبْ
Atas Ahmad Penunggang termulia

حَدَا حَادِي السُّرى بِاسْمِ الحَبَائِبْ
Pelantun syair mengalunkan nama Kekasih

فَهَزَّ السُّكْرُ أَعْطَافَ الرَّكَائِبْ
Unta mengangguk riang dengan alunannya

فَلَوْ أَنَّا سَعَيْنَا كُلَّ يَوْمٍ
Jika kita berarak kepadanya tiap hari




عَلَى الأَحْدَاقِ لَا فَوْقَ النَّجَائِبْ
atas dahi bukan tunggangan

وَلَوْ أَنَّا عَمِلْنَا كُلَّ حِيْنٍ
dan tiap masa jika kita lakukan

لِأَحْمَدْ مَوْلِدًا قَدْ كَانَ وَاجِبْ
maulid bagi Baginda, sememangnya ia wajib

rangkap berikut karangan
Imam Abdullah Alawi al-Haddad:

أَهْلُ بَيْتِ الـمُصْطَفَى الطُّهُرِ
Keturunan al-Musthofa yang bersih
هُمْ أَمَانُ الأَرْضِ فَادَّكِرِ
Ingat, mereka bagai benteng bumi

شُبِّهُوا بِالأَنْجُمِ الزُّهُرِ
bak bebintang yang cemerlang

مِثْلَ مَا قَدْ جَاءَ فِي السُّنَنِ
seperti pahatan dalam sejarah

رَبِّ فَانْفَعْنَا بِبَرْكَتِهِمْ
Ya Rabb, berikan kami keberkatan mereka

وَاهْدِنَا الحُسْنَى بِحُرْمَتِهِمْ
Dorongkan kami kebaikan dengan kemuliaan mereka

وَأَمِتْنَا فِي طَرِيْقَتِهِمْ
Matikan kami pada jalan mereka

وَمُعَافَاةٍ مِنَ الفِتَنِ
Amankan kami dari fitnah

2 comments: